NF Design & Engineering

10 Jawatan Engineer Paling Popular Di Malaysia

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share tentang 10 Jawatan Engineer Paling Popular Di Malaysia.

Bila sebut engineer mesti terbayang engineer dalam drama TV ada bilik sendiri, bawa BMW, ada rumah banglo kan? Itu hanyalah fantasi, nak jadi jurutera perlu bermula dari bawah, belajar dan belajar, sentiasa rajin untuk menambah ilmu2 dan skill2 teknikal yang diperlukan.

Engineer juga tidak semestinya teknikal sahaja, ada juga engineer yang buat project management, sales, after-sales, proposal, design, site dan macam2 lagi.

Berikut adalah 10 jawatan2 engineer yang selalu jumpa kalo search dalam Jobstreet, Maukerja, Linkedin dan portal2 cari kerja yang lain

#1 SALES ENGINEER

Sales engineer adalah jawatan yang paling ramai fresh grads mahupun yang dah experience dalam bidang engineering tak suka, tapi jawatan ni lah yang paling banyak korang jumpa dalam jobstreet 😂

Kebanyakan mereka akan dapat komisen bila dapat secure job atau projek untuk syarikat. Tapi sales engineer ni bukan setakat sales suka2 tau, still kena tau aspek2 teknikal jugak okay.

Jobscope mereka adalah jumpa client baru atau exisiting client untuk perkenalkan produk2 syarikat, buat presentation dan pastikan client beli produk atau servis syarikat tersebut. Biasanya jawatan ni dipegang oleh fresh grads dengan background diploma atau ijazah sarjana dalam kejuruteraan/bisnes/admin

#2 PROJECT ENGINEER

Project Engineer juga adalah jawatan yang banyak ditawarkan sebab project management merupakan aspek yang penting dalam memastikan sesebuah syarikat mendapatkan revenue hasil daripada projek atau produk tersebut.

Menjadi tanggungjawab project engineer untuk buat site survey, attend meeting dengan customer, vendor2, supplier2, prepare technical documents, drawings, pastikan barang2 yang diperlukan untuk projek tersedia, uruskan kerja2 pemasangan, pembinaan, buat testing dan memastikan projek tamat dengan jayanya.

Ada jawatan project engineer perlukan fresh grad, ada juga yang perlukan experience 1, 3 atau 5 tahun dengan education dalam Ijazah Sarjana Kejuruteraan.

#3 SOFTWARE/IT ENGINEER

Software Engineer baru2 ni juga banyak diperlukan adalah hasil daripada 4IR, iaitu Fourth Industrial Revolution, dasar kerajaan yang mahu transformasi digital dalam sektor2 ekonomi di Malaysia.

Antara jobscope adalah develop & generate design, functional specifications, solutions, testing procedure, O&M documents, fix any bugs related to software dan buat site installation, testing & commissioning.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Software Engineering, Computer Science atau Electronic Engineering dengan pengalaman dalam programming dan software development.

#4 SERVICE ENGINEER

Service Engineer diperlukan untuk focus kepada customer services iaitu setelah projek selesai. Biasanya terlibat dengan kerja2 mechanical atau electrical.

Antara jobscope adalah provide quality service standard to customer, guide and train engineer, technician untuk menggunakan alat atau mesin yang sudah dipasang, provide technical support/advice to customer sites, resolve technical problems at customer sites, provide 24-7 customer support melalui telefon atau pergi sendiri ke site.

Fuhh dahsyat jugak kerja servis engineer ni, mmg kena hands on dan banyak berhadapan dengan customer. Off-course untuk memastikan existing customer memberikan feedback positif kepada syarikat. Service Engineer memerlukan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan dengan pengalaman 1, 3 atau 5 tahun.

#5 DESIGN ENGINEER

Design Engineer diperlukan dalam semua bidang2 engineering tidak kira civil, structural, mechanical, electrical, chemical, oil & gas, manufacturing dan lain2 lagi.

Mereka bertanggungjawab untuk prepare design/drawing/technical documents untuk produk2 syarikat, communicate dengan customer supaya produk yang direka menepati kehendak customer dan standard yang ditetapkan, membantu syarikat develop produk baru yang boleh dipasarkan.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan/CAD berserta skill2 menggunakan software design seperti AutoCAD, Solidwork, Revit, Catia, Ansys, Tekla dan lain2.

#6 PRODUCTION ENGINEER

Anda suka kerja kilang atau plant dan berjaga sampai lewat malam/kerja shift hours? Ini jawatan yang sesuai untuk anda iaitu Production Engineer.

Antara jobscope adalah memastikan production dapat mencapai target harian, memastikan operasi pengeluaran menepati kehendak sales dan QC department, mengawal penggunaan ramuan2 dan bahan2 ketika proses manufacturing, memastikan fasiliti production dalam keadaan baik, buat planning untuk in-house maintenance, dan memastikan penambahbaikan pada team production.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Engineering berserta kemahuan untuk kerja shift hours.

#7 DRILLING ENGINEER

Drilling Engineer adalah jawatan yang paling dibanggakan oleh mana2 engineer. Mana taknya, kerja kat laut, duk atas pelantar minyak, fuhh baru ada gaya. Lagi satu jawatan Drilling Engineer ni terbuka kepada semua background engineering tau tak kisah anda dari mechanical, electrical, chemical, oil & gas, software dan lain2 lagi.

Tapi, posisi jawatan ni sangatlah terhad sebab projek carigali minyak di perairan negara pun tak banyak akibat daripada harga minyak yang sangat rendah sekarang.

Antara skop tugas Drilling Engineer adalah develop dan execute proses penggalian telaga minyak dan gas bermula dari permulaan design phase of the well, testing sampai ke supervision of the drilling crew.

Untuk menjadi Drilling Engineer perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan.

#8 CIVIL & STRUCTURAL ENGINEER

Civil & Structural Engineer juga adalah jawatan yang banyak diperlukan untuk negara2 membangun seperti Malaysia di mana projek2 pembinaan tumbuh bagai cendawan. Dari pembinaan bangunan, jalanraya, lebuhraya, jambatan dan landasan2 keretapi.

Antara jobsope2 adalah prepare design/drawings, laporan dan spesifikasi untuk civil & structure, membantu pasukan projek dalam planning, scheduling dan coordination kerja2 civil & structure, menguruskan kerja2 tapak pembinaan, bahan2 dan dokumen2 yang diperlukan supaya mematuhi piawai pihak berkuasa dan memastikan perancangan sumber dan penjadualan kerja menepati timeline projek.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam atau seumpamanya dengan pengelaman selama 5 tahun.

#9 M&E ENGINEER

Mechanical & Electrical Engineer fokus kepada aspek2 mechanical dan electrical dalam bangunan seperti elevators, air-conditioning, gas and water supply dan macam2 lagi.

Skop kerja M&E Engineer bermula dari installation, testing, operation, maintenance dan repair. Mereka memastikan bangunan tersebut dilengkapi dengan servis2 mechanical & electrical yang diperlukan dan boleh beroperasi secara selamat.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Electrical/Mechanical berserta pengalaman 1,3 atau 5 tahun dalam kerja2 M&E dalam bangunan/pembinaan.

#10 QUALITY ENGINEER

Quality Engineer juga banyak dijumpai dalam industri2 seperti pembinaan, electrical, electronic, chemical, manufacturing, oil & gas dan banyak lagi.

Antara jobscope adalah review, understand dan create awareness tentang ciri2 dan keperluan produk untuk memastikan compliance, develop dan maintain keberkesanan prosedur dan arahan kerja, perform process and product risk assessment, mengetuai dan menyusun aktiviti2 penambahbaikan untuk mencapai tahap kualiti produk secara konsisten.

Perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan dan pengalaman bekerja dalam suasana ISO/TS.

Actually 10 jawatan2 ni berdasarkan pencarian yang saya buat di Jobstreet dan juga pengalaman saya dalam bidang kejuruteraan. Mungkin anda ada 10 senarai jawatan engineer yang berbeza berdasarkan bidang kejuruteraan anda. Boleh komen dibawah ya. All the best!

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇

More To Explore

Career Development

Welder, Pengenalan dan Skop Kerja

Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share Siapakah Itu Welder dan apa skop2 kerja mereka okay. Welder ni memang selalu jugak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *