Antara Sumber2 Tenaga Elektrik di Malaysia, Menerangi dan Mewarnai Hidup Anda.

Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share tentang sumber2 tenaga elektrik yang terdapat di malaysia ni. Sebagaimana yang kita tahu tenaga elektrik sangat penting dalam kehidupan seharian tidak kira di rumah, di pejabat, jalanraya dan di mana2. Tanpa elektrik, kita tak dapat buka kipas, buka air-cond, tengok TV, caj fon, buka lampu, buat kerja2, urusan seharian, urusan bisnes dan macam2 lagi.

Antara sumber2 tenaga elektrik di Malaysia adalah:

  1. Petroleum & Gas Asli
  2. Kuasa Hidroelektrik
  3. Arang Batu
  4. Tenaga Solar

Gambar diatas menunjukkan peta stesen2 janakuasa elektrik Gas, Hidroelektrik, Arang Batu dan Solar di Semenanjung Malaysia.

PETROLEUM & GAS ASLI

Petroleum dan Gas Asli adalah sumber tenaga elektrik utama di Malaysia. Antara stesen2 janakuasa elektrik menggunakan petroleum & gas asli di Semenanjung Malaysia terdapat di Paka (Terengganu), Pengerang, Pasir Gudang (Johor), Telok Gong (Melaka), Port Dickson (Negeri Sembilan), Banting, Kapar (Selangor), Lumut (Perak), Prai (Penang), Gelugor (Penang) dan Kuala Sungai Baru (Perlis).

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (Gas Plant) Sultan Azlan Aziz Shah di Lumut, Perak.

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (Gas Plant) Tuanku Jaafar di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (Gas Plant) Sultan Iskandar di Pasir Gudang, Johor.

KUASA HIDROELEKTRIK

Kuasa Hidroelektrik dihasilkan daripada stesen janakuasa yang dibina berdekatan dengan empangan sungai. Antara stesen2 janakuasa hidroelektrik di Semenanjung Malaysia terdapat di Empangan Temenggor, Kenering, Sungai Piah, Chenderoh, Kampung Woh, Ulu Jelai (Perak), Kenyir, Hulu Terengganu (Terengganu) dan Pergau (Kelantan).

Gambar diatas menunjukkan Empangan Temenggor di Grik, Perak.

Gambar diatas menunjukkan Empangan Kenyir di Terengganu.

ARANG BATU

Antara stesen2 janakuasa elektrik menggunakan arang batu di Semenanjung Malaysia terdapat di Tanjung Bin (Johor), Jimah di Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Manjung (Negeri Sembilan).

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (arang batu) di Tanjung Bin, Johor.

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (arang batu) di Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Gambar diatas menunjukkan stesen janakuasa elektrik (arang batu) di Manjung, Perak.

TENAGA SOLAR

Perkembangan menggalakkan ditunjukkan di Malaysia dalam penjanaan kuasa elektrik menggunakan solar kerana kos lebih rendah berbanding penjanaan kuasa menggunakan minyak.

Antara Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Semenanjung Malaysia terdapat di Jasin (Melaka), Rembau (Negeri Sembilan), Sepang (Selangor), Bidor, Sungai Siput (Perak), Prai (Penang), Kuala Muda, Kuala Ketil, Gurun, Bkt Kayu Hitam (Kedah), Arau (Perlis), Merchang, Kemaman (Terengganu) dan Gambang (Pahang).

Gambar diatas menunjukkan antara Projek Solar Berskala Besar (LSS) pertama dan terbesar di Malaysia bertempat di Sepang, Selangor berkapasiti 50MW.

Jadi kesimpulannya negara kita sedang melangkah kearah menghasilkan tenaga elektrik yang lebih efficient dan mesra alam. Sebelum ni kita banyak bergantung pada petroleum dan gas asli yang banyak memberi impak terhadap alam sekitar seperti kenaikan suhu dunia.

Btw kami juga ada sediakan online courses AutoCAD 2D & 3D. Anda berminat? Jom klik link dibawah 👇👇

Online Courses: https://nfdesignengineering.com.my/product/autocad-3-in-1-package/

NAZMI ISMAIL – Engineer, Draftsman, AutoCAD Trainer