Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bitumen banyak digunakan sebagai binder atau pengikat asphalt untuk pembinaan jalan, landasan, parking lot dan tempat pejalan kaki.

Juga digunakan untuk industri membuat bumbung kerana ia memiliki kualiti kalis air yang menbantu bumbung berfungsi dengan baik.

Okay, tahukah anda yang bitumen juga merupakan antara produk petroleum?

Yes saya sebagai jurutera dalam bidang Oil & Gas nak cerita sikit pada anda tentang Bitumen ni ya.

Bitumen ni adalah campuran hydrocarbon berwarna hitam yang likat atau viscous didapati daripada hasil proses “petroleum distillation”.

Minyak mentah terdiri daripada komponen2 kimia yang terdiri daripada elemen Hydrogen dan Carbon, sebab itu minyak mentah juga dipanggil sebagai hydrocarbon.

Bitumen adalah heavy hydrocarbon kerana ia adalah produk petroleum yang berada paling bawah sekali ketika process distillation disebabkan ia memiliki higher boiling point, lower volatility dan higher density.

Sebagaimana yang kita tahu, minyak mentah keluar dari bawah permukaan bumi melalui telaga minyak yang digali perlu diproses untuk dijual kepada pengguna.

Bila sudah tiba ke refinery plant, minyak mentah tersebut dipam dari storage tank dan melalui sistem yang menaikkan suhu minyak mentah kepada 200°C.

Minyak mentah kemudian sampai ke furnace di mana ia dipanaskan lebih kurang 300°C. Dan minyak mentah mula untuk vaporize atau menguap dan masuk dalam fractionating distillation tower.

Maka terjadilah proses pemisahan komponen2 minyak mentah mengikut boiling point masing2, bermula paling ringan diatas adalah gas, naphtha, petrol @ gasoline, kerosene, diesel, lubricants, heavy fuel oil sampai yang bawah sekali paling berat adalah residue.

Proses ini dikenali sebagai fractional distillation, bahasa melayu sebut penyulingan berperingkat.

Akhir sekali, bitumen diperoleh dengan cara residue disulingkan dengan lebih lanjut dalam vacuum distillation column.

Gred bitumen bergantung pada berapa banyak bahan2 meruap yang masih berada dalam bitumen yang dah disulingkan tersebut.

Semakin banyak bahan2 meruap dalam bitumen semakin kurang ketulenan bitumen tersebut.

Kebanyakan bitumen yang ditapis digunakan dalam bidang pembinaan untuk turapan jalan dan membuat bumbung.

85% kegunaan bitumen adalah sebagai binder atau pengikat asphalt untuk pembinaan jalan di mana batu kerikil dan batu hancur dicampur sekali dengan bitumen yang tebal dan seterusnya digunakan pada jalanraya.

10% kegunaan bitumen adalah untuk pembuatan bumbung kerana ia memiliki kualiti kalis air yang membantu bumbung berfungsi dengan baik.

5% kegunaan bitumen adalah untuk tujuan kekedapan dan penebat dalam pelbagai bahan pembinaan bangunan seperti sandaran jubin permaidani dan cat.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki