AutoCAD 2D: Cara Guna Array – Rectangular, Path, Polar

Salam & Apa Khabar Semua. Untuk blog ni saya nak share command AutoCAD 2D iaitu Array yang memiliki 3 jenis pattern iaitu rectangular, path dan polar.

RECTANGULAR ARRAY

Gambar diatas menunjukkan rectangular array yang menggunakan column & row. Cara untuk menggunakan rectangular array:

  1. Taip ‘AR’ untuk array, tekan ENTER.
  2. Klik pada objek yang nak array, tekan ENTER.
  3. Pilih rectangular, anda boleh tentukan berapa column dan row
  4. ENTER untuk exit feature array

PATH ARRAY

Gambar diatas menunjukkan path array dimana objek yang dipilih akan disusun melalui garisan atau lengkungan. Cara untuk menggunakan path array:

  1. Taip ‘AR’ untuk array, tekan ENTER
  2. Klik pada objek yang nak array, tekan ENTER
  3. Pilih path dan pilih garisan atau lengkung
  4. Tentukan item spacing dan tekan ENTER.

POLAR ARRAY

Gambar diatas menunjukkan polar array untuk membuat susunan objek secara circular/bulatan. Cara menggunakan polar array:

  1. Taip ‘AR’ untuk array, tekan ENTER
  2. Pilih objek yang nak array, tekan ENTER
  3. Pilih polar, klik pada center point bulatan
  4. Tentukan number of items dan tekan ENTER.

Moga blog ini dapat membantu anda ya. All the best!

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik pada link dibawah ya 👇👇