Building Information Modelling: Persediaan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua!

Setelah serba sedikit penerangan tentang pengenalan BIM dalam artikel sebelum ini, kali ini kita teruskan kepada fasa seterusnya iaitu Persediaan.

BIM secara amnya memerlukan kolaborasi yang tinggi sesama (intra-) dan antara (inter-) disiplin untuk suatu projek di setiap fasa projek pembinaan. Dengan ini secara langsung mempertingkatkan produktiviti setiap pihak yang terlibat seterusnya lebih efisien dalam banyak perkara seperti masa di tapak pembinaan, perancangan kos dan juga penggunaan bahan binaan.

Kegunaan BIM (BIM Uses)

Kegunaan BIM (BIM Uses) merupakan perkara utama dalam fasa persediaan pelaksanaan BIM. Ia adalah perkara yang membincangkan tujuan sesuatu projek itu menggunakan BIM, bagaimana(How) dan di mana (Where) setiap Dokumen BIM (BIM Documents) seperti model, informasi dan pelan pelaksanaan akan digunakan nanti.

Pemberitahuan Kegunaan BIM dijalankan pada fasa awalan (preliminary) untuk suatu projek iaitu perancangan dan juga kontrak di mana semua pihak yang terlibat perlu mengambil tahu khususnya Jabatan BIM/Pasukan BIM (BIM Department/BIM Team) untuk suatu projek tersebut.

Ini adalah untuk memastikan pemegang taruh (stakeholders) yang terlibat sentiasa di landasan yang betul dengan mengelakkan kekeliruan semasa fasa pelaksanaan yang boleh menyebabkan underdo dan overdo sesuatu seterusnya memberi kesan terhadap keberkesanan pelaksanaan BIM untuk suatu projek tersebut.

Antara contoh kegunaan BIM yang boleh ditentukan termasuk dan tidak terhad kepada berikut:

    1. Pemodelan Keadaan Tapak Sedia Ada (Existing Conditions Modeling).

    2. Perancangan/Penyusunan Ruang (Space Programming/Planning)

    3. Penyediaan Rekabentuk (Design Authoring)

    4. Penilaian Kemapanan (Sustainability Evaluation)

    5. Validasi Kod (Code Validation/Specifications)

    6. Koordinasi 3D (3D Coordination)

    7. Perancangan Fasa Pembinaan (Phase Planning)

Kegunaan BIM boleh menjadi satu sahaja untuk merangkumi keseluruhan projek ataupun pelbagai lagi/semua dan dibahagikan mengikut setiap fasa projek. Penentuan Kegunaan BIM ini lebih kepada tertakluk kepada client projek dan juga kapasiti projek.

Sebagai contoh, pihak Projek A hanya mahu menggunakan Validasi Kod (Code Validation) sahaja sebagai pelaksanaan BIM untuk projek tersebut kerana client hanya perlukan penggunaan BIM di bahagian itu.

Ia adalah untuk memastikan setiap informasi (parameter) projek mengikut spesifikasi kod tertentu sebelum dibina untuk mengelakkan kesilapan dan pelanggaran pematuhan kod undang-undang seperti ketinggian aras, kecerunan paip dan sebagainya agar memudahkan proses pengesahan dan kelulusan rekabentuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya. Projek A masih merupakan kategori projek BIM walaupun tidak diaplikasikan di setiap fasa projek.

Projek B pula client mempunyai kapasiti yang besar dan ingin aplikasikan banyak Kegunaan BIM untuk projek mereka seperti Analisis Tapak, Koordinasi 3D, Perancangan Tapak, Kos, Fabrikasi Digital dan juga Pengurusan Aset. Jadi, setiap fasa pembinaan mengaplikasi Kegunaan BIM dan jangkaan klien pastinya agar setiap proses pembinaan akan berjalan dengan lancar dari perancangan sehingga keperluan mereka untuk menyelenggara bangunan tersebut.

Secara ringkasnya untuk mengaplikasikan BIM tidak semestinya perlu merangkumi semua perkara dan kegunaan. Ia bergantung kepada kapasiti dan kehendak klien supaya tidak berlaku paksaan dan stereotaip yang salah terhadap kaedah BIM ini seperti yang berlaku pada masa sekarang.

Selain itu lebih mudah juga untuk tahu apa Kegunaan BIM untuk suatu projek melalui berapa “D” atau dimensi BIM yang digunakan seperti di bawah:

Sumber: CIDB

Fasa Pembangunan Model (Level of Development, LOD)

Model bangunan atau tapak dihasilkan menggunakan Perisian Utama BIM (BIM Authoring Tools) (akan diceritakan selepas ini) dan setiap fail model merangkumi kumpulan komponen2 digital atau Family . Family merupakan model2 3D ber-parametrik atau ciri2 (attributes) yang mengandungi pelbagai parameter seperti dimensi, bahan, grafik terperinci 2D dan 3D,spesifikasi, kod OmniClass, pengilang dan sebagainya. Informasi ini boleh disahkan dan digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembinaan elemen yang berkaitan.

Fasa Pembangunan Model (LOD) secara umum dibahagi mengikut 6 fasa iaitu:

      1. Rekabentuk Konsep (Conceptual Design Stage/LOD 100)

      2. Rekabentuk Awalan (Preliminary Design Stage/LOD 200)

      3. Rekabentuk Terperinci (Detailed Design Stage/LOD 300)

      4. Model Pembinaan (Construction Model/LOD 400)

      5. Model Siap Bina (As-Built Model/LOD 500)

      6. Model Operasi dan Penyelenggaraan ( Operation and Maintenance/LOD 500)

Setiap LOD pula merangkumi Tahap Keperincian Rupabentuk atau Level of Detail (LOd). Bahagian inilah berlaku kekeliruan kerana istilah yang digunakan hampir serupa. Kunci utama perbezaannya adalah LOD nama kepada fasa pembangunan model tersebut dan LOd pula adalah istilah digunakan untuk merujuk kepada parameter2 dan atribut setiap model elemen tersebut. Atribut yang terlibat termasuk geometrik dan bukan geometrik  Lebih ringkas boleh rujuk gambar dibawah:

Rupabentuk Family yang dibangunkan mengikut skala LOD (Sumber: CIDB).

Rupabentuk Family Mekanikal dibangunkan mengikut skala LOD (Sumber: JKR).

Perisian BIM (BIM Tools)

Perisian BIM dibahagikan kepada dua jenis iaitu Perisian Utama ( Authoring Tools) dan Perisian Sokongan (Supporting Tools).

Perisian Utama (Design Authoring Tools)

Perisian ini merupakan platform umum untuk perekabentuk menghasilkan dan menguruskan model digital projek seperti rekabentuk arkitek, struktur, sivil, mekanikal dan pelbagai disiplin utama lain.

Contoh-contoh perisian kelas ini adalah ArchiCAD (Graphisoft), Microstation (Bentley), Revit (Autodesk), SketchUP PRO & Tekla Structures (Trimble) dan juga TiffinBIM (Innovacia Sdn Bhd)-ya betul kita juga ada produk tempatan bagi BIM😁.

Perisian-perisian ini biasanya boleh bekerjasama antara yang lain (interoperability) melalui Industry Foundation Class (IFC) Format kerana fasa industri BIM pada masa depan adalah ke arah kaedah Open BIM.

Perisian Sokongan (Supporting Tools)

Perisian Sokongan pula adalah perisian platform spesifik yang mungkin diperlukan bagi sebahagian pemegang taruh (stakeholders) seperti Arkitek, Jurutera dan Jurukur Bahan sebagai validasi mahupun penambah nilai kepada hasil kerja, pengiraan dan sebagainya.

Contoh-contoh perisian kelas ini adalah ArchiBUS, CostX (Exactal), Cubicost (Glodon), StaadPRO (Bentley), Lumion (Act-3D BV) dan juga Navisworks (Autodesk).

Perisian-perisian ini lebih spesifik kegunaannya termasuk pembentangan visual, analisis, anggaran, koordinasi dan simulasi. Ia bukan platform umum untuk menghasilkan, validasi rekabentuk.

Faktor-faktor pemilihan Perisian BIM

Organisasi projek perlu menggunakan Perisian BIM sebagai sokongan Proses BIM (BIM Process). Terdapat banyak perisian utama di pasaran seperti contoh yang diberi. Jadi pemegang taruh perlu memilih satu atau beberapa perisian yang perlu digunakan bagi mematuhi Keperluan BIM (BIM Requirement). Antara faktor pemilihan adalah:

      1. Keperluan BIM – Menentukan keperluan khusus BIM dan hasil pelaksanaan BIM yang dimahukan oleh client.

      2. Kos Permulaan BIM – Organisasi terlibat menilai kemampuan kewangan dan memadankan dengan perisian yang mampu diperoleh mengikut kapasiti masing-masing. Walaubagaimanapun, pulangan pelaburan (ROI) BIM tidak tertakluk kepada nilai kos awalan sahaja kerana lebih banyak faedah jangka masa panjang yang lain boleh diperoleh oleh organisasi tersebut.

      3. Kebolehan perkakasan (hardware) – Setiap perisian mempunyai keperluan perkakasan yang berbeza dari rendah sehingga yang advanced. Pemilihan perisian lebih cenderung kepada perkakasan yang sedia ada oleh organisasi tetapi juga boleh memilih untuk menaiktaraf atau membeli baru sebagai pelengkap perisian sepanjang Proses BIM dilaksanakan tanpa masalah. Pelaburan ini juga terletak dalam jangka masa panjang kerana boleh digunakan untuk projek-projek seterusnya.

      4. Sumber penggunaan Perisian BIM- Organisasi perlu menilai sumber tenaga kerja sedia ada samada berkebolehan atau tidak untuk melaksanakan Proses BIM. Jika tidak organisasi perlu menyediakan latihan yang secukupnya atau menggunakan tenaga luar (outsource) bagi membantu pelaksanaan BIM di dalam organisasi.

Akhir kata, secara umumnya BIM di Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan terutama dari segi pelaksanaan dan pengurusan di mana setiap pemegang taruh masih ada yang belum memahami apa itu BIM walaupun kita sudah di landasan akhir Construction Industry Transformation Program (CITP) 2016-2020. Harapan penulis adalah agar tahun 2020 dan seterusnya kita lebih memahami apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di dalam BIM untuk memastikan pelaksanaan BIM tidak rumit.

“Technology itself is simple. But the people that tends to make it complicated”

Untuk belajar lebih detail tentang macam-macam teknologi perisian pembinaan jom ke website online courses kami dengan klik link dibawah👇👇👇

 https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses/

Sekian dari saya.

Sumber rujukan:

  1. https://mybim.cidb.gov.my/

  2. Garis Panduan BIM JKR Edisi 2014.

More To Explore

Uncategorized

Positive Displacement Pump & Dynamic Pump

Pam adalah sejenis peralatan mekanikal yang digunakan untuk menggerakkan cecair dari satu titik ke titik yang lain dalam sistem paip. Dengan cara meningkatkan tenaga mekanikal

Engineering

3 Minyak Mentah Kualiti Terbaik Di Dunia

Pasti ramai yang tak tahu bahawa minyak mentah atau petroleum paling berkualiti di dunia terletak di Malaysia. Tapis Crude yang terletak di Malay Basin iaitu