Cara Melukis ‘Floor Plan’ Dalam AutoCAD

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Floor Plan dalam AutoCAD

Okay, kali ni nak share tentang step2 untuk membuat lukisan pelan lantai guna AutoCAD.

Sekarang ni ramai kata Revit demand, tapi AutoCAD still banyak lagi digunakan sebab AutoCAD ni general purposes drafting.

Jom saya explain step by step cara buat Floor Plan seperti gambar diatas…

Create Layers

PERTAMA…Sebelum buat lukisan floor plan ni, kita create LAYER untuk setiap part drawing dulu.

✔ Wall

✔ Door

✔ Window

✔ Furniture

✔ Grid Lines

✔ Dimension

✔ Fan

✔ Lamp

✔ Switch

✔ Wire

Apa tujuan dia? Supaya drawing kita lebih organise, takda la kita main lukis je kan..

Contoh wall ada layer dia, door ada layer dia, furniture ada layer dia, haaa gitu

KEDUA…Kita akan mula dengan melukis wall dulu, pastikan anda sudah pilih layer ‘wall’ terlebih dahulu sebelum mula melukis ya

KETIGA…Guna command RECTANGLE untuk lukis wall berbentuk rectangle, letak ukuran untuk rectangle tersebut

KEEMPAT…Guna command LINE untuk buat partitions dalam rumah

KELIMA…Untuk hasilkan ketebalan wall, boleh guna command OFFSET

Actually ada another method untuk wall, boleh guna MLINE…bagi saya tak kisah nak guna mana2, at least belajar lah command banyak sikit kan haha

KEENAM…Boleh guna TRIM untuk cut mana2 bahagian line yang nak dipotong pada wall tu

KETUJUH…Pilih layer ‘door’, boleh guna command RECTANGLE dan ARC untuk hasilkan simbol pintu

Sebenarnya ada simbol pintu kat TOOL PALLETES, tapi alang2 praktis la melukis lebih sikit hehe…

KELAPAN…Guna command BLOCK untuk hasilkan block bagi simbol pintu tersebut, kemudian masuk dalam BLOCK EDITOR untuk kita hasilkan dynamic block bagi simbol pintu tersebut

KESEMBILAN…Boleh klik pada INSERT di ribbon atas model space untuk masukkan simbol pintu ke dalam wall

Tool Palettes

KESEPULUH…Pilih layer ‘furniture’, untuk simbol mangkuk jamban tu anda boleh dapatkan guna TOOL PALLETES, tapi yang simbol2 furniture lain tu kena lukis sendiriBoleh gunakan command2 seperti rectangle, fillet, trim, offset, circle, array, copy, move, mirror, rotate dan lain2 untuk hasilkan lukisan simbol perabot

KESEBELAS…Pilih layer ‘grid lines’, boleh lukis grid lines yang label ABCD dengan 123 tu…

KEDUA BELAS…Pilih layer ‘dimension’, guna command DIM untuk label dimension pada drawing, boleh guna command DIMSTYLE untuk setting dimension macam text height, arrow size, format etc…

KETIGA BELAS…Boleh juga label text dalam drawing, guna command MTEXT

KEEMPAT BELAS…Pilih layer ‘fan’, boleh lukis simbol fan guna circle, line, extend, mirror dan hatch. Kemudian boleh COPY ke dalam floor plan

KELIMA BELAS…Kemudian boleh lukis simbol2 elektrikal lain seperti lamp, switch dan wireWire tu boleh gunakan LINETYPE untuk dapatkan jenis line dash.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Course AutoCAD: https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki