Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Share This Post

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle.

Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel.

Selain didapati dalam tangki Heat Exchangers terutamanya Shell & Tube Type, baffle juga didapati dalam static mixers, agitators dan chemical reactors.

Fungsi utama baffle dipasang dalam dinding tangki atau process vessel adalah untuk mengurangkan tangential fluid velocity.

Tangential fluid velocity bermaksud pergerakan cecair yang berpusing2 pada arah yang ‘perpendicular’ dengan radius bulatan.

Pengurangan tangential fluid velocity ini bertujuan untuk tingkatkan ‘mixing efficiency’ cecair tersebut di dalam vessel.

Seperti membancuh kopi, ketika memusingkan sudu untuk kacau, anda hentikan sudu anda untuk kurangkan tangential velocity campuran kopi supaya dapat tingkatkan pencampuran bahan.

Untuk Heat Exchangers, baffles bukan sekadar meningkatkan keberkesanan peralihan haba, malah menyokong ‘tube bundle’ dalam dinding Shell & Tube Heat Exchanger tersebut.

Baffles diletakkan dalam dinding Shell & Tube Heat Exchanger supaya ia dapat memberikan arah kepada cecair tersebut untuk mengalir.

Antara fungsi Baffles dalam Shell & Tube Heat Exchanger adalah:

– menyokong tube bundle daripada menjadi kendur ketika operasi

– meningkatkan kelajuan cecair dalam bahagian shell heat exchanger supaya keberkesanan peralihan haba dapat ditingkatkan

Untuk Static Mixer, baffles biasanya berfungsi untuk mengurangkan tangential velocity atau pergerakan cecair yang berpusing2 yang boleh menyebabkan penghasilan vortex.

Pengurangan tangential velocity dalam Static Mixer oleh baffles adalah untuk meningkatkan proses pencampuran.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis
https://nfdesignengineering.com.my/online-courses

More To Explore

Engineering

Apa Fungsi Y-Strainer?

Dalam sistem paip, tujuan Strainer dipasang adalah untuk memerangkap pepejal2 dan serpihan2 yang terdapat dalam cecair atau gas.\ Ini kerana pepejal2 atau serpihan2 tersebut boleh

Engineering

Jenis Cooling Tower: Cross Flow vs Counter Flow

Cooling tower ni selalu jumpa kat atas bumbung bangunan seperti hotel, pejabat dan kilang. Berfungsi untuk menyejukkan air yang datang dari chillers dalam bangunan. Seperti