Fungsi Distribution Board di Rumah Anda

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Distribution Board / Papan Agihan

Pernah tak duduk rumah tiba2 bekalan elektrik terputus?

Okay jom dengar penerangan saya ni…

Dekat pintu masuk ke rumah korang belah dalam, ada kotak, kotak tu nama dia Distribution Board, bahasa melayu panggil papan agihan atau orang sebut DB.

Okay, apa fungsi Distribution Board ni?

Fungsi dia adalah menempatkan alat2 perlindungan dan keselamatan litar dan perkakas elektrik rumah.

Biasanya rumah guna sistem pendawaian elektrik satu fasa 230V, 50 Hz Alternating Current, AC.

Bermula 1 Jan 2008, bekalan elektrik Low Voltage di Malaysia adalah 230/400V berdasarkan MS IEC 60038.

Ada 3 jenis alat perlindungan litar elektrik dalam DB ni iaitu:

👉Main Switch

👉Pemutus Litar Arus Baki atau RCD atau ELCB atau RCCB

👉Pemutus Litar Kecil atau MCB

Susunan ketiga2 komponen perlindungan ni bergantung, ada yang bermula dengan main switch dari kiri, ada yang bermula dengan main switch belah kanan.

Main Switch

Main switch menyambung atau memutuskan bekalan elektrik utama ke pendawaian elektrik rumah.

Bekalan elektrik utama ke pendawaian elektrik rumah perlu diputuskan jika mahu membuat kerja2 selenggara atau pemasangan distribution board dan pendawaian elektrik. Juga jika berlaku kecemasan.

Pemutus Litar Arus Baki / RCD

Pemutus Litar Arus Baki atau RCD berfungsi untuk mengesan keseimbangan aliran elektrik pada wayar hidup (coklat) dan wayar neutral (biru).

Jika tidak seimbang aliran elektrik antara kedua2 wayar tersebut litar elektrik rumah terus diputuskan secara automatik oleh RCD. Juga berfungsi untuk perlindungan daripada ancaman keselamatan nyawa.

Pemutus Litar Kecil / MCB

Pemutus Litar Kecil atau MCB bersambung dengan litar lampu atau kipas atau air-cond atau pemanas air atau soket elektrik. Berfungsi untuk memutuskan sesuatu litar jika berlaku lebihan arus atau overload bagi melindungi sesuatu litar dan perkakas elektrik.

Ada MCB 6A, 16A, 20A dan 32A.MCB 6A digunakan untuk litar lampu dan kipas, MCB 16A digunakan untuk soket dalam bilik atau dipanggil litar jejari, MCB 20A digunakan untuk air-cond atau pemanas air, MCB 32A digunakan untuk soket2 ruang tamu atau dapur yang dipanggil litar gegelang.

Litar Elektrik Rumah (Website: ZON 152)

Jika bekalan elektrik rumah korang terputus, boleh cek kat Distribution Board ni okay. Kalo semua Suis Utama, RCD dgn MCB dah tolak naik atas tapi still takda elektrik, pergi tengok kat meter elektrik rumah korang pula.

Meter TNB

Kalo meter tak nyala atau tak bergerak, call TNB untuk pertanyaan lanjut, settle selesai masalah… Yang penting safety first

Inshaallah moga perkongsian saya bermanfaat untuk anda. Thanks!

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Online Course: https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki