Jenis ‘Hole’ Dalam Autodesk Inventor

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Untuk 3D Mechanical Design menggunakan software Inventor, ada features untuk create lubang iaitu Hole.

Fungsi lubang pada sesuatu bahagian adalah untuk dimasukkan atau dipasang fastener, screw, bolt & nuts bagi membolehkan bahagian tersebut disambungkan dengan bahagian lain.

Lubang ni digerudi menggunakan drill bit iaitu mata gerudi yang berpusing dan menekan permukaan objek, menebuk sehingga kedalaman tertentu untuk menghasilkan lubang.

Ada 4 jenis holes untuk mechanical design menggunakan Inventor yang saya nak explain kali ini iaitu:

-Drilled

-Counterbore

-Spotface

– Countersink.

Drilled Hole

Drilled hole adalah sejenis lubang dengan diameter yang sama sepanjang kedalaman lubang. Jadi kepala bolt akan duduk atas permukaan objek tersebut ketika bolt dipasang pada lubang.

Counterbore Hole

Counterbore hole adalah sejenis lubang dengan diameter bahagian atas yang lebih besar dan diameter bahagian bawah yang lebih kecil.

Counterbore merujuk pada bahagian atas lubang dengan diameter lebih besar tersebut.

Hole ni digunakan bila permukaan atas kepala fastener, screw perlu duduk rata atau lebih rendah dari permukaan objek apabila screw tersebut dimasukkan dalam Counterbore hole.

Spotface Hole

Spotface hole adalah sejenis lubang yang lebih kurang sama macam Counterbore, cuma bahagian atas Spotface hole memiliki kedalaman yang lebih sedikit daripada Counterbore hole.

Spotface merujuk pada bahagian atas lubang dengan diameter lebih besar tersebut.

Hole ini dibuat bertujuan setelah lubang digerudi pada permukaan logam tempa atau forging, terdapat kemasan kasar atas permukaan logam berhampiran lubang tersebut.

Jadi Spotface dapat memberikan kemasan licin pada bahagian atas lubang tersebut supaya washer dapat diletakkan pada spotface tersebut dan dimasukkan bolt pada lubang.

Countersink Hole

Countersink hole adalah sejenis lubang yang berbentuk kon dibahagian atas. Lubang berbentuk kon tersebut boleh dibuat dengan pelbagai sudut.

Sudut untuk bahagian atas lubang Countersink hole ni diukur dari sisi ke sisi bahagian atas Countersink hole tersebut.

Hole ini bertujuan untuk membolehkan permukaan atas kepala screw atau bolt yang countersunk atau berbentuk kon untuk duduk rata atau lebih rendah dari permukaan objek apabila screw atau bolt tersebut dimasukkan dalam Countersink hole.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki