Kenali Siapa Operator, Consultant, Kontraktor, Vendor dan Supplier Dalam Projek Oil & Gas.

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Salam dan Apa Khabar semua, untuk blog kali ni saya nak share tentang player2 dalam projek Oil & Gas seperti Operator, Consultant, Kontraktor, Vendor dan Supplier. Siapa mereka ni? Saya akan explain pada anda okay!

Saya Nazmi Ismail pernah bekerja dalam industri Oil & Gas, bermula dengan Petronas as Trainee, kemudian masuk Kontraktor as Draftsman kemudian masuk Vendor as Proposal Engineer.

OPERATOR

Operator adalah syarikat yang menjalankan operasi pengeluaran atau production minyak mentah dan gas asli dari bawah tanah naik ke atas permukaan/platform untuk dijual kepada pelanggan.

Di Malaysia syarikat2 operator mendapat PSC (Product Sharing Contract) daripada Petronas untuk menjalankan operasi production mereka.

Antara senarai syarikat2 operator di Malaysia adalah:

  1. Petronas Carigali
  2. Conoco Philips
  3. Lundin Petroleum
  4. JX Nippon
  5. Mubadala Petroleum
  6. Ophir Energy
  7. HESS
  8. Kebabangan Petroleum Operating Company, KPOC
  9. TOTAL E&P
  10. RHP Mukah 
  11. Enquest Petroleum
  12. Sapura Energy
  13. Repsol
  14. Exxon Mobil
  15. Shell
  16. PEXCO N.V.
  17. Murphy Oil
  18. Ophir Production
  19. PCPP Operating Company
  20. Petrofac
  21. PTTEP
  22. Coastal Energy
  23. Vestigo Petroleum
  24. Hibiscus
  25. Roc Oil
  26. Pertamina

CONSULTANT

Consultant memberi khidmat rundingan/consultancy kepada syarikat2 oil & gas dari sudut engineering/technical support dan juga design services.

Antara syarikat2 consultant oil & gas di Malaysia adalah:

  1. MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd
  2. Energy Quest Sdn Bhd
  3. CARIMIN Group of Companies
  4. MYRAM Oil & Gas Sdn Bhd
  5. Perunding Ranhill Worley Sdn Bhd
  6. Wood Group Mustang Sdn Bhd
  7. MIE Offshore Solutions Sdn Bhd
  8. Cekap Technical Services Sdn Bhd dan banyak lagi

KONTRAKTOR

Kontraktor pula adalah servis provider kepada syarikat2 operator untuk menjalankan kerja2 pembinaan pelantar minyak atau pembinaan tapak untuk kerja2 pengangkutan dan pemprosesan minyak & gas asli.

Kebiasaannya projek untuk membina fasiliti oil & gas menggunakan kontrak EPCC yang bermaksud Engineering, Procurement, Construction dan Commissioning.

Mereka inilah yang menjalankan kerja2 design, drawing, engineering, membeli barang2 dari vendor atau supplier, membuat kerja2 pemasangan, pembinaan fasiliti2 dan testing2 yang diperlukan dalam tempoh waktu yang sudah ditetapkan.

Antara syarikat2 kontraktor dalam oil & gas di Malaysia:

  1. Serba Dinamik Holdings Berhad
  2. Barakah Offshore Petroleum Berhad
  3. Bumi Focus (M) Sdn Bhd
  4. Misi Setia Oil & Gas
  5. Eversendai Oil & Gas (M) Sdn Bhd
  6. Sapura Energy
  7. Muhibbah Engineering (M) Bhd
  8. Tiara Ophir Sdn Bhd
  9. Foxboro (Malaysia) Sdn Bhd dan banyak lagi

VENDOR/MANUFACTURER

Vendor atau manufacturer membekalkan barang2 yang diperlukan oleh customer iaitu kontraktor dan operator. Mereka ini beroperasi secara B2C, business to customer berbeza dengan supplier yang beroperasi secara B2B, business to business.

Antara equipment2 dalam oil & gas adalah pipe, valves, pumps, compressor, tank, pressure vessel, turbine, flowmeter, instrumentation dan macam2 lagi.

Senarai syarikat2 vendor oil & gas di Malaysia:

  1. MIR Valve Sdn Bhd
  2. RNWA Engineering Sdn Bhd
  3. Krohne Malaysia
  4. Hablem Oil & Gas (M) Sdn Bhd
  5. Exact Oil & Gas Sdn Bhd
  6. Emerson Process Management (M) Sdn Bhd
  7. GE Oil & Gas
  8. Nationwide Oil & Gas
  9. Matco (Malaysia) Sdn Bhd
  10. Brodie Oil & Gas Sdn Bhd
  11. Turcomp Engineering Services Sdn Bhd dan banyak lagi

SUPPLIER

Supplier menjalankan trading secara B2B, business to business. Mereka ini biasanya membekalkan barang2 kepada vendor atau manufacturer. Mereka juga hanya fokus kepada 1 atau 2 jenis produk sahaja.

Sebagai contoh piping valves, manufacturer atau vendor akan beli flange, body cover, bolt & nuts, gasket, o-rings, stem, handwheel dan lain2 daripada supplier2 untuk dipasang di fasiliti mereka.

Saya rasa anda boleh search sendiri syarikat2 supplier ni, sebab saya pun dah letih nak senaraikan haha 😂.

Moga2 perkongsian saya kali ni bermanfaat untuk anda ya, kerana topik yang saya share ni juga dapat bantu anda untuk mudah mencari syarikat2 bagi mengembangkan kerjaya anda. All the best!

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇

More To Explore

Uncategorized

Positive Displacement Pump & Dynamic Pump

Pam adalah sejenis peralatan mekanikal yang digunakan untuk menggerakkan cecair dari satu titik ke titik yang lain dalam sistem paip. Dengan cara meningkatkan tenaga mekanikal

Engineering

3 Minyak Mentah Kualiti Terbaik Di Dunia

Pasti ramai yang tak tahu bahawa minyak mentah atau petroleum paling berkualiti di dunia terletak di Malaysia. Tapis Crude yang terletak di Malay Basin iaitu