Pengenalan kepada API 510, 570 & 653 Inspection Certifications

Salam & Apa Khabar Semua. Untuk blog kali ni saya nak share tentang API 510, 570 & 653 Inspection Certifications.

API atau American Petroleum Institute membawa misi untuk mempromosikan keselamatan dalam industri minyak dan gas di peringkat global.

Antara API Inspection Certificates yang paling popular dalam industri minyak dan gas adalah API 510 untuk Pressure Vessel Inspector, API 570 untuk Piping Inspector dan API 653 untuk Aboveground Storage Tank Inspector.

API 510: PRESSURE VESSEL INSPECTOR

API 510 merujuk kepada Pressure Vessel Inspector. Apakah itu Pressure Vessel? Pressure Vessel adalah bekas yang direka untuk menyimpan gas atau cecair pada tekanan yang jauh berbeza dari ambient pressure/tekanan persekitaran.

Pressure Vessel boleh jadi berbahaya, beberapa kes kemalangan maut sudahpun dicatatkan sepanjang sejarah perkembangan dan operasi pressure vessel ni. Jadi sangat penting untuk memastikan pressure vessel dapat beroperasi dengan selamat.

Certified API 510 Pressure Vessel Inspector perlu memiliki pengetahuan luas berkaitan maintenance, inspection, repair dan alteration untuk pressure vessels. API 510 certification adalah sah untuk tempoh 3 tahun sahaja.

Berikut adalah course outline untuk API 510 yang boleh anda jadikan sebagai rujukan:

  1. ASME B&PV Section VIII – Vessel Fabrication Code
  2. API 510 Sections 1-4
  3. ASME B&PV VIII – Key Concepts
  4. ASME B&PV VIII – Calculations & Charts
  5. API 510 Sections 5-6
  6. ASME B&PV Section IX – Welding Code
  7. Review and Evaluate a WPQ (Welder Performance Qualification)
  8. Review and Evaluate a WPS (Welding Procedure Specification) and the associated PQR (Procedure Qualification Record)
  9. API 510 Section 7
  10. ASME B&PV Section V – NDE
  11. API 576 – Relief Devices
  12. API 572 – Inspection of Vessels
  13. Conditions causing Deterioration

API 570: PIPING INSPECTOR

API 570 merujuk kepada Piping Inspector. Apakah itu piping? Piping adalah sistem paip yang digunakan untuk membawa cecair atau gas dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Industrial process piping boleh diperbuat dari material seperti kayu, gentian kaca, kaca, steel (keluli), aluminum, plastik, copper (tembaga) dan konkrit.

Certified API 570 Piping Inspector perlu memiliki pengetahuan luan berkaitan maintenance, inspection, alteration dan repair untuk sistem paip logam dalam perkhidmatan (in-service metallic piping system).

Sistem paip perlu beroperasi dengan selamat bagi mengelakkan kehilangan harta benda dan nyawa serta memastikan kelancaran proses.

Berikut adalah course outline untuk API 570 yang boleh anda jadikan sebagai rujukan:

  1. Codes To Bring : API 570, API 574 & ASME B31.3
  2. ASME B16.5 – Flange Code
  3. API 570 Sections 1-4, 6
  4. ASME B31.3 – Piping Code
  5. ASME B31.3 – Calculations & Charts
  6. API 570 – Section 7
  7. API 570 – Section 8-9
  8. ASME B&PV Section IX – Welding Code
  9. ASME B&PV Section IX Review and Evaluate a WPQ (Welder Qualification)
  10. WPS/PQR Review (Weld Procedure)
  11. API 577 – Welding Inspection & Metallurgy
  12. ASME B&PV Section V – NDE
  13. API 570 – Section 5
  14. API 571 – Damage Mechanisms in the Refinery Industry

API 653: ABOVEGROUND STORAGE TANK INSPECTOR

API 653 merujuk kepada Aboveground Storage Tank Inspector. Apakah itu Aboveground storage tank? Aboveground storage tank adalah tangki simpanan atas tanah, tidak kira sama ada digunakan untuk simpan petroleum products, hazardous waste atau lain2 hazardous materials.

API 653 Aboveground Storage Tank Inspector perlu memiliki pengetahuan luas berkaitan tank inspection dan repair untuk aboveground storage tanks dan akan mematuhi syarat kelayakan minima yang telah diperincikan dalam API Standard 653, Tank Inspection, Repair, Alteration dan Reconstruction.

Tumpahan dan kebocoran tangki simpanan perlu dielakkan dengan sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran masa, tenaga, kos dan juga untuk kebersihan persekitaran.

Berikut adalah course outline untuk API 653 yang boleh anda jadikan sebagai rujukan:

  1. API 650 – Tank Fabrication Code
  2. API 650 – Calculations & Charts
  3. API 653 – In-Service Tank Code
  4. API 653 – Calculations & Charts
  5. ASME B&PV Section V – NDE
  6. ASME B&PV Section IX – Welding Code
  7. Review and Evaluate a WPQ (Welder Performance Qualification)
  8. Review and Evaluate a WPS (Welding Procedure Specification) and the associated PQR (Procedure Qualification Record)
  9. API 651 – Tank Cathodic Protection (CP)
  10. API 652 – Tank Coatings

APA PROSPEK2 KERJAYA UNTUK CERTIFIED API 510, 570 & 653 NI?

  1. Inspection / Mechanical Engineer
  2. Asset Integrity Engineer
  3. Material & Corrosion Engineer
  4. DOSH Officer
  5. Welding Inspector
  6. Project Engineer
  7. QA /QC / NDT Engineer
  8. Quality / Safety Coordinator
  9. Static Engineer, Technician

Lukisan 3D Model Pressure Vessel, Piping & Aboveground Storage Tank menggunakan AutoCAD

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇