Perbezaan Antara Civil Engineering dan Structural Engineering

Share This Post

Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share tentang Perbezaan Antara Civil Engineering dan Structural Engineering.

Civil Engineering dan Structural Engineering adalah disiplin kejuruteraan yang terlibat dengan kerja2 evaluation, design, construction dan preservation untuk binaan atau struktur tersebut.

Okay jom kita selusuri apakah itu Civil Engineering dan Structural Engineering ni.

CIVIL ENGINEERING

Civil Engineering dikenali sebagai antara bidang kejuruteraan yang tertua di dunia. Bermula bila orang mula membina tempat berteduh atau pondok sebagai tempat berlindung, kemudian sistem perairan untuk tanaman, perparitan dan seumpamanya.

Antara dispilin2 dalam Civil Engineering adalah pengangkutan seperti jalanraya, jambatan dan landasan, Geotechnical Engineering, Environmental Engineering dan Structural Engineering.

STRUCTURAL ENGINEERING

Structural Engineering pula fokus kepada kerangka struktur dan design struktur2 tersebut untuk menahan stress dan pressures sekeliling supaya kekal selamat, stabil dan terjamin sepanjang penggunaan.

Senang cerita seorang structural engineer perlu memastikan bangunan tak roboh dan jambatan tak runtuh, haa gitu…

Antara contoh2 struktur adalah bangunan pencakar langit, empangan dan jambatan.

PERBEZAAN CIVIL ENGINEERING & STRUCTURAL ENGINEERING

Walaupun keduanya merujuk kepada bidang kejuruteraan yang sama, tetapi berbeza dalam beberapa aspek. Contohnya Civil Engineering lebih fokus kepada rekabentuk sesuatu binaan manakala Structural Engineering lebih fokus kepada buat pemeriksaan bahan2 yang digunakan untuk pembinaan, bagi memastikan bahan tesebut boleh menyokong rekabentuk struktur tersebut.

Sebenarnya Civil Engineering ni luas skopnya, juga merangkumi Structural Engineering. Jika kita lihat dalam pasaran pekerjaan, ada jawatan untuk C&S Engineer atau Civil & Structure Engineer.

Walaubagaimanapun, kedua2 disiplin engineering ni sangat penting untuk pembangunan dan kemodenan sesebuah negara,

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇

More To Explore

Autodesk Civil 3D

Ground Surface Model from Contour Lines in Civil 3D

Antara cara menghasilkan ground surface dalam Civil 3D adalah menggunakan contour lines. Step2 yang digunakan: 1. Masukkan drawing yang terdapat contour lines – command INSERT

Autodesk Civil 3D

Import Surface from Civil 3D to Revit

Civil 3D berfungsi untuk menyediakan permukaan tapak untuk lukisan Architecture dan Structure dalam Revit dengan sistem koordinat dan elevation tertentu. Proposed Site Surface dalam Civil

Verified by MonsterInsights