Senarai Command2 AutoCAD Yang Beginner Perlu Tahu!

Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share pada anda tentang 44 command2 asas AutoCAD 2D & 3D yang beginner atau zero-knowledge perlu tahu okay. Kenalkan saya Nazmi Ismail, Autodesk Certified Professional juga merupakan Mechanical Engineer dan Draftsman dalam Piping Engineering, Process Instrumentation & Facilities Management.

Jom kita go thru satu2 command2 AutoCAD ni:

AUTOCAD 2D COMMANDS

  1. LINE – Untuk buat garisan lurus
  2. POLYLINE – Garisan lurus yang combined each other, boleh juga buat arc/lengkung
  3. CIRCLE – Bentuk bulatan based on radius atau diameter
  4. ARC – Bentuk lengkung
  5. RECTANGLE – Bentuk segi empat, panjang x lebar
  6. POLYGON – Bentuk segi tiga, empat, pentagon, hexagon dll
  7. ELLIPSE – Bentuk bujur, biasanya guna untuk buat ellipsoidal tank head
  8. HATCH – Untuk pattern/lorekan dalam sesebuah objek
  9. MOVE – Untuk pindahkan objek ke point/location lain
  10. COPY – Untuk duplicate objek ke point/location lain
  11. STRETCH – Memanjangkan atau memendekkan bahagian object yang dipilih menggunakan selection window
  12. ROTATE – Memutarkan atau mengubah orientasi objek
  13. MIRROR – Duplicate object secara symmetrical
  14. SCALE – Membesarkan atau mengecilkan saiz objek menggunakan scale factor
  15. TRIM – Memotong garisan2 atau lengkung2 yang tidak diperlukan
  16. EXTEND – Memanjangkan garisan sehingga sampai ke object yang dituju
  17. FILLET – Buat lengkungan pada bucu objek
  18. CHAMFER – Create ‘Bevel’ pada bucu objek
  19. ARRAY – Buat susunan objek secara rectangular atau path atau polar/circular
  20. EXPLODE – Menceraikan objek yang bergabung/combined menjadi single part/segment
  21. OFFSET – Membuat parallel copy untuk line, concentric copy untuk circle
  22. MULTILINE TEXT – Membuat text, simbol2, juga boleh buat notes
  23. SINGLELINE TEXT – Buat text singleline sahaja
  24. TEXT STYLES – Setting font size, styles untuk text
  25. DIMENSION – Label dimension pada objek
  26. DIMENSION STYLES – Setting font size, arrow size, styles, precision, units untuk dimension
  27. MULTILEADER – Label part2 object, flow direction
  28. MULTILEADER STYLES – Setting multileader, arrow, fonts
  29. LAYER – Untuk organize object2/part2 dalam drawing
  30. BLOCK – Buat template2 simbol dalam file drawing
  31. BLOCK EDITOR – Untuk edit block, untuk buat dynamic block (Advance techniques)
  32. LIMITS – Untuk setkan size model space after click ‘Zoom All’
  33. MATCH PROPERTIES – Samakan/Padankan properties object dengan source object
  34. UNITS – Setting units, precision, rotation angle drawing
  35. LINETYPE SCALE – Setting skala linetype based on scale factor
  36. PROPERTIES – Setting properties object

AUTOCAD 3D COMMANDS

  1. EXTRUDE – Untuk create ketebalan atau ketinggian object 2D menjadi solid 3D
  2. PRESSPULL – Digunakan untuk create new solid atau hole atas permukaan solid 3D
  3. UNION – Menggabungkan object2 jadi satu part
  4. SUBTRACT – Create hole atau bentuk menggunakan 2 atau lebih solid 3D
  5. SWEEP – Object yang sweep akan follow path, digunakan untuk buat tube, ducting etc
  6. REVOLVE – Untuk buat ring shape, casing etc
  7. INTERSECT – Memerlukan 2 atau lebih 3D solid untuk intersect, boleh guna untuk buat kepala bolt/screw
  8. CHAMFEREDGE – Untuk create bevel pada bucu solid 3D

Haaa, macam mana? Faham ke penerangan saya mengenai 36 command2 2D dan 8 command2 3D ni? Inshaallah moga anda faham ya. Nak lagi faham boleh langgan online courses AutoCAD 2D & 3D kami okay! 👇👇

Online Courses: https://nfdesignengineering.com.my/product/autocad-3-in-1-package/

NAZMI ISMAIL – Trainer, Autodesk Certified Professional: AutoCAD