NF Design & Engineering

Senarai Stesen2 Minyak Di Malaysia

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share tentang Senarai Stesen2 Minyak yang terdapat di Malaysia. Stesen minyak menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan.

Menurut KPDNHEP iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna pada Jan 2019 merekodkan sebanyak 3500 buah stesen minyak yang berada di seluruh negara.

#1 PETRONAS

Sebuah syarikat minyak dan gas tempatan yang ditubuhkan pada 1974. Petronas merupakan sebuah syarikat minyak dan gas kebanggaan Malaysia. Juga memberikan PSC, Production Sharing Contract kepada syarikat2 carigali minyak lain yang beroperasi di perairan Malaysia.

#2 SHELL

Shell ataupun Royal Dutch Shell PLC ditubuhkan pada 1907 adalah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpusat di Belanda dan diperbadankan di England dan Wales.

#3 ESSO

Esso adalah trading name untuk ExxonMobil dan syarikat2 yang berkaitan. Exxonmobil bermula dengan nama Standard Oil pada 1912 di Texas, United States.

#4 CALTEX

Caltex adalah brand name untuk Chevron Corporation yang memulakan operasi pada 1936, pada ketika itu dikenali sebagai California Texas Oil Company merupakan joint-venture antara Texas Company dan Standard Oil of California.

#5 PETRON

Petron Corporation adalah syarikat penapisan dan pemasaran minyak terbesar di Filipina. Bermula pada 1933 apabila Socony-Vacuum Oil Company dan Standard Oil of New Jersey bergabung (joint-venture) membentuk syarikat Standard Vacuum Oil Company.

#6 BHP

Boustead Holdings Berhad diasaskan pada 1828 sebagai Boustead &Co di Singapura oleh Edward Boustead, seorang ahli perniagaan British pada masa itu. Syarikat ini diperbadankan pada 1961 dibawah bursa saham Kuala Lumpur. Singapura, Shenzen dan Shanghai.

#7 BURAQ OIL

Buraq Oil, Stesen Komuniti Anda adalah stesen minyak dibawah pengurusan IPTB Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki penuh oleh Zaiyadal Keluarga Sdn Bhd. Banyak dijumpai di kawasan2 desa dan pendalaman terutama di bahagian utara dan timur Malaysia. Satu lagi stesen minyak kebanggaan rakyat Malaysia.

#8 FIVE

FIVE merupakan stesen minyak tempatan terbaru ditubuhkan pada 2020, membuka stesen minyak pertama mereka di Kalumpang, Selangor.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini untuk stesen2 minyak yang berada di Malaysia.

Ada persoalan stesen minyak mana yang berkualiti? Jawapannya adalah terpulang pada masing2, kereta apa korang pakai, cara pemanduan korang, korang suka jenama minyak yang mana, sbb masing2 ada pendapat masing2 okay.

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇

More To Explore

Career Development

Welder, Pengenalan dan Skop Kerja

Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share Siapakah Itu Welder dan apa skop2 kerja mereka okay. Welder ni memang selalu jugak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *