Siapa Yang Kawal Harga Minyak Mentah Dunia Sekarang?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Stesen Minyak Buraq Oil adalah antara stesen minyak milik bumiputra selain Petronas di Malaysia.

Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share kat korang tentang siapa yang kawal harga mintak mentah atau petroleum dunia sekarang? Ada yang kata illuminati la, freemason la, keturunan Rockerfeller la, konflik geopolitik la, pandemic wabak2 la macam2 lagi..

Alright, jom kita kembali ke jaman dulu…. Kita kena kenal dulu sejarah penubuhan industri minyak & gas ni okay.

Pada 1865, John D Rockefeller mengasaskan Standard Oil Company, tuan tanah minyak pertama di dunia. ExxonMobil adalah antara pengganti Standard Oil Company, antara company minyak terbesar di dunia sekarang.

Di Rusia pula keluarga Rothschild menggerakkan oil tankers dari pedagang British pada masa itu iaitu Marcus Samuel untuk meluaskan lagi pasaran oversea mereka. Kapal minyak pertama Marcus Samuel bernama Murex menjadi the first oil tanker yang melalui Terusan Suez menyambungkan laut merah dengan laut mediteraanean.

Kapal Murex ni lah kapal utama untuk syarikat Shell Transport and Trading pada masa itu, yang kemudian bergabung dengan Royal Dutch Petroleum menjadi Royal Dutch Shell. Shell sekarang juga adalah antara company minyak terbesar dunia selain ExxonMobil.

Jadi korang tahu lah kan siapa dalang disebalik industri Minyak & Gas skrang okay 👍👍

Sudah selesai bahagian sejarah, kita terus melangkah ke tahun 2008 menyaksikan harga minyak mentah tertinggi dunia pada USD145.31 akibat daripada krisis kewangan dunia pada ketika itu. Namun harga minyak mentah dunia turun secara mendadak pada 2014-2015 dari USD107.95 ke USD61.43. Nak senang korang tengok sendiri ya kat graf dibawah haha. (Sumber: Website MacroTrends)

Graf harga minyak mentah dunia, sumber dari website MacroTrends.

Ada banyak faktor2 yang mempengaruhi harga minyak ni, boleh jadi peperangan, boleh jadi konflik politik dunia, sikap tamak negara pengeluar minyak, supply & demand, krisis kewangan dan ekonomi etc…

Pada 2014-2015, Amerika Syarikat meningkatkan production minyak mentah kepada 2 kali ganda hasil dari penambahbaikan ‘shale fracking technologies’ mereka. Pada masa sama, OPEC atau Organization of Petroleum Exporting Countries yang sepatutnya mengawal kestabilan harga minyak mentah dunia juga gagal untuk mematuhi had pengeluaran mereka. Kedua2 ni menyebabkan harga minyak merosot dengan mendadak.

Bukan mudah nak pastikan harga minyak mentah dunia ni stabil, sbb perlu dapatkan sokongan dan kerjasama negara2 pengeluar minyak, terutama yang 3 terbesar buat masa sekarang iaitu Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Rusia. Namun malangnya akibat masing2 susah nak bekerjasama, menyebabkan harga minyak kejap naik kejap turun dah macam ombak laut dibuatnya.

Pada September – awal October 2018, harga minyak kembali naik disebabkan oleh kekangan bekalan global, kapasiti pengeluaran di Venezuela berkurangan dan sekatan Amerika Syarikat keatas Iran (Negara pengeluar ketiga terbesar OPEC). Pada hujung October Amerika mengecualikan pula sekatan keatas Iran menyebabkan harga minyak kembali turun. Macam2 drama kan, kita yang marhaen ni mampu tengok je la haha.

Pada 28 March 2020, harga minyak terus merosot kepada USD21/bbl disebabkan oleh pandemic wabak Covid19 yang merebak ke seluruh pelusuk dunia di mana kes jangkitan tertinggi dicatatkan oleh Amerika Syarikat diikuti oleh China, Itali dan Sepanyol.

Begitulah drama yang berlaku di arena global, kita tak mampu berbuat apa2 sebab semua benda ni sudah pun dirancang sejak dulu lagi. Mula2 perang senjata, lepastu perang harga minyak, lepastu perang wabak pulak, lepasni tak tau perang apa pula huhu…Sekian.

Nazmi Ismail – Engineer in Oil & Gas Industry

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki