Sidewalk Ramp and Kerb Revit Tutorial

Share This Post

RVT/ARC/01: Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang membuat cecondong ataupun ‘ramp’ dalam loghat utaqa 😂 menggunakan perisian Autodesk Revit.

‘Ramp’ secara umumnya berfungsi untuk menghubungkan dua tapak yang berlainan ketinggian melalui permukaan yang rata tanpa perlu menggunakan jenis tangga. Antara kelebihannya adalah memudahkan pergerakan objek beroda seperti basikal, troli, dan juga pengguna kerusi roda terutamanya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat-tempat awam.

Ramp for sidewalk.

Di Malaysia terutamanya terdapat pelbagai aduan tentang kurangnya kemudahan ‘ramp’ di tempat-tempat awam seperti stesen-stesen bas dan keretapi terutama ketika kemudahan lif rosak untuk golongan OKU.

Jadi untuk video kali ini kami akan menunjukkan cara membuat reka bentuk ‘ramp’ pejalan kaki dan juga bendul jalan atau ‘road kerb’ menggunakan Revit. Video ini amat sesuai untuk yang berada di dalam bidang ‘Architecture’ samada pelajar mahupun industri.

*Kerb (UK) = Curb (US)

Detailing view.

Nak belajar lebih banyak lagi teknik-teknik menggunakan ‘software’ industri boleh ke link Online Course kami dibawah👇👇👇

https://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses/

Sekian dari saya.

Segala cadangan atau ‘request’ tutorial boleh tinggalkan komen.😁

More To Explore

Autodesk Civil 3D

Ground Surface Model from Contour Lines in Civil 3D

Antara cara menghasilkan ground surface dalam Civil 3D adalah menggunakan contour lines. Step2 yang digunakan: 1. Masukkan drawing yang terdapat contour lines – command INSERT

Autodesk Civil 3D

Import Surface from Civil 3D to Revit

Civil 3D berfungsi untuk menyediakan permukaan tapak untuk lukisan Architecture dan Structure dalam Revit dengan sistem koordinat dan elevation tertentu. Proposed Site Surface dalam Civil

Verified by MonsterInsights