Sistem Pendawaian Elektrikal 1 Fasa (1-Phase Electrical Wiring)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Salam & Apa Khabar semua. Kali ni saya nak share blog tentang Sistem Pendawaian Elektrikal 1 Fasa.

Okay, actually sistem pendawaian elektrik ni ada 2 iaitu:

  1. Sistem Pendawaian 1 Fasa yang digunakan di kediaman kecil dan sederhana (kawasan perumahan)
  2. Sistem Pendawaian 3 Fasa yang digunakan di industri dan komersial/pejabat korporat.

Biasanya bekalan elektrik yang diterima oleh rumah2 (kecil & sederhana) adalah AC (Alternating Current) 1-Fasa 240 V, 50 Hz.

Bekalan elektrik tersebut datang dari sambungan antara talian (sama ada M-Merah, K-Kuning & B-Biru) dan N-Neutral dari sistem 3-fasa 4 dawai seperti gambar diatas.

Sumber 3-Fasa ni adalah dari substation atau pencawang yang berdekatan.

LITAR PENGGUNA (CONSUMER UNIT)

Kabel yang masuk ke rumah terus disambung ke papan penyambung atau pengkalan perkhidmatan TNB di mana terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Kemudian sambung pula ke meter yang menggunakan ukuran kilowatt/hour.

Litar pengguna atau consumer unit bermula dari suis utama (main switch) pada sebelah kanan distribution board di atas yang berkadaran 60, 80 dan 100A. Kemudian diikuti pemutus litar ke bumi iaitu RCCB atau ELCB.

RCCB stand for Residual Current Circuit Breaker manakala ELCB stand for Earth Leakage Circuit Breaker.

Pada distribution board atau papan agihan ni juga terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar life (merah), neutral (hitam) dan bumi (hijau).

Jika anda lihat disebelah kiri distribution board terdapat fius2 MCB, Miniature Circuit Breaker yang memiliki perkadaran sama ada 5, 15, 30, 45A atau 6, 16, 32A akan disambung daripada busbar life tersebut ke litar akhir yang sesuai.

Busbar neutral dan busbar bumi terus disambungkan kepada litar akhir tanpa perlu melalui MCB.

Litar akhir ada 3 dawai iaitu life (warna merah), neutral (warna merah) dan bumi (warna hijau).

Gambar diatas menunjukkan contoh lukisan skematik elektrikal 1-fasa menggunakan AutoCAD.

JOM KENALI KOMPONEN2 DALAM DISTRIBUTION BOARD/PAPAN AGIHAN

Pernahkah rumah anda tiba2 blackout ketika terjadi panahan kilat? atau ketika anda membuka perkakas elektrik? Yes itu adalah fungsi2 alat perlindungan litar dalam distribution board seperti MCCB, RCCB dan MCB.

Apakah pula litar pintas? Lintas pintas adalah terjadinya lebihan arus pada litar yang boleh menyebabkan litar rosak, overheating, fire or explosion.

SUIS UTAMA

Juga dikenali sebagai pengasing litar atau main switch atau MCCB (Molded Case Circuit Breaker).

Berfungsi untuk mengawal tenaga elektrik dalam sistem agihan elektrik rumah. Juga memutuskan litar jika berlaku litar pintas atau overload. Pengasing dipasang pada permulaan litar pendawaian untuk melindungi pengguna dari renjatan elektrik yang berterusan.

Kadaran arus antara 45-100A, voltage 415V dan frekuensi 50Hz.

RCCB (PEMUTUS LITAR ARUS BAKI)

Pemutus litar arus baki juga dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker).

Jika seseorang bersentuhan secara terus dengan wayar hidup yang bocor atau terbuka, akan berlaku aliran arus ke bumi yang boleh menyebabkan bahaya kepada nyawa orang tersebut. Jadi dengan RCCB ni dapat memutuskan litar dengan segera jika terjadi perkara sedemikian.

Kadaran arus adalah 25A, 40A, 63A dan 80A, voltage 215V/415V dan frekuensi 50Hz. Juga memiliki kepekaan litar lampur 100mA, litar soket 30mA dan untuk kawasan lantai basah 10mA.

MCB (MINIATURE CIRCUIT BREAKER)

MCB berfungsi untuk melindungi/memutuskan sesuatu litar elektrik ketika terjadi litar pintas atau overload.

Kadaran arus bergantung pada kegunaan. Untuk litar soket adalah 20A atau 32A manakala litar lampu dan kipas adalah 6A. Voltage adalah 240V/415V.

Tu dia…bestkan dapat tau sistem pendawaian elektrik kat rumah anda tu? All the best ya.

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar online course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D & Basic Inventor Modeling?? Jom klik link dibawah ya 👇👇

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki