Teknik2 Asas AutoCAD Yang Perlu Beginner Tahu!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Salam & Apa Khabar semua, untuk blog kali ni saya nak share kepada anda tentang teknik2 asas yang perlu beginner AutoCAD tahu. Kenalkan saya Nazmi Ismail, Autodesk Certified Professional: AutoCAD juga merupakan bekas engineer dan drafter dalam industry oil & gas.

Berikut adalah teknik2 AutoCAD yang beginner perlu tahu, ada 8 kesemuanya:

  1. Draw objects
  2. Draw with Accuracy
  3. Modify Objects
  4. Use Additional Drawing Techniques
  5. Organize Objects
  6. Reuse Exsiting Content
  7. Annotate Drawings
  8. Layouts & Printing

Draw Objects

Draw objects adalah teknik yang paling first beginner AutoCAD akan explore iaitu cara nak buat Line, Polyline, Circle, Arc, Rectangle, Polygon, Ellipse dan Hatch.

Draw with Accuracy

Draw with Accuracy bermaksud kita membuat lukisan dalam AutoCAD ni adalah berdasarkan ketepatan point2, edges dan bahagian2 tertentu. Antara teknik2 draw with accuracy yang akan anda explore adalah Polar Tracking, Orthomode, Object Snap, Object Snap Tracking etc… Dengan object snap anda dapat detect point2 yang diperlukan seperti midpoint, endpoint, center, extension, intersection etc…

Modify Objects

Modify objects adalah teknik untuk kita edit object2 yang sudah dilukis dalam AutoCAD. Antaranya adalah Copy, Move, Rotate, Mirror, Strecth, Scale, Array, Fillet, Chamfer, Trim, Extend, Join, Explode, Offset dan macam2 lagi.

Use Additional Drawing Techniques

Ada banyak lagi teknik advance AutoCAD yang ramai tidak tahu, walaupun dia dah lama dalam bidang drafting ni, ni based on experience saya la hehe. Contoh kita ada snap overrides seperti mid between 2 points, from, tangent, quadrant, geometric center etc… Kita boleh guna sistem koordinate di mana anda hanya perlu letak coordinate x,y untuk membuat drawings. Kita juga ada dynamic blocks untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja drafting anda.

Organize Objects

Organize objects dalam AutoCAD adalah dengan menggunakan fungsi Layer. Dengan layer anda dapat memastikan drawing yang anda buat teratur dan mudah untuk diuruskan jika berlaku any drawing modifications in future. Bayangkan anda ada lukisan elektrical wiring, ada beribu wayar dalam tu, wayar2 tu plak dikelaskan kepada kelas2 berbeza, macam mana anda nak modify drawing electrical tu in future? Off course teknik layer ni sangat membantu anda.

Reuse Existing Content

Maksud reuse existing content ni adalah kita menggunakan teknik block & insert. Fungsi teknik blog n insert ni adalah untuk kita create object, di mana object tersebut boleh digunakan berulang kali dalam drawing tersebut. Atau erti kata lain sebagai the standard symbols untuk drawing tersebut. Contoh anda ada lukisan piping, lukisan piping tu ada simbol valve dan flange. Anda boleh create blocks untuk simbol valve dan flange tersebut. Dihebatkan lagi dengan block editor untuk create dynamic block.

Annotate Drawings

Annotate drawing bermaksud anda membuat label2 text, dimension, multileader, table dan macam2 lagi dalam drawing tersebut. Untuk label text, dimension dan multileader, anda boleh setkan terlebih dahulu font size, arrow size, allignment etc…

Layouts & Printing

Ini adalah the last part dalam membuat lukisan iaitu proses documentation. Anda akan create title block templates, dan letakkan drawings anda dalam title block tersebut berserta scaling.

haaa…amacam? menarik tak teknik2 AutoCAD yang saya share kat anda ni? Nak lebih menarik anda boleh follow FB page kami NF Design & Engineering dan Youtube Channel, Nazmi Ismail untuk lebih tutorial2 asas AutoCAD.

Nak belajar lebih advance lagi teknik2 AutoCAD Basic ni anda boleh melanggan Online Courses kami dengan klik pada link website dibawah 👇👇

Online Courses: http://www.nfdesignengineering.com.my/shop/

Nazmi Ismail – Autodesk Certified Professional: AutoCAD

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki