Tips-tips asas untuk berjaya sebagai seorang Cad Designer terutama golongan FRESH GRADUATE !!!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua okey pada kali ini saya nak kongsikan sedikit di dalam Blog saya ini
tips atau panduan kepada anda semua.

Terdetik disudut pemikiran saya pada kali ini yang mana saya nak kongsikan kepada anda semua adalah point-point utama
disebalik kejayaan diatas pengalaman yang saya dapat sepanjang menjadi students dalam Bidang Teknologi Mekanikal Pembuatan Cad/Cam suatu ketika dahulu dan kini telah bekerja sebagai seorang Drafter di salah satu syarikat pembuatan.

1.ketika preparation dokument untuk Final project.

Pada ketika itu saya berhadapan dengan pelbagai masalah yelah mana tak nye saya ketua group nak kene handle semua benda
siapkan part detail drawing final projek nak kene susun atur port-folio lagi dan nak siap kan slide untuk presentation lagi…So pada masatu
saya berhadapan kesemua ini dengan tenang yang mana saya buat preperation pada awal-awal lagi pada masatu kawan-kawan selalu cakap (lek-lek sudah kawan) awal lagi saya just respond hmmm takpelah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian lalu kawan saya pun diam krik..krik agaknye hahaha
dan yang best kepada ahli group saya pada masa ini diorang tak perlu kotor tangan saya dah prepare yang terbaik untuk mereka yang mana kesemua totaly
saya punye final projek proses pembuatannye tidak mengunakan mesin secara konvesional dan saya mengambil peluang ini yang mana kesemua part-part projek menggunakan mesin cnc (Computer Numerical Control ) maksudnye mesin ini bergerak melalui kawalan pergerakan komputer ini yang special sebab kita tak perlu berhadapan dengan masalah proses pembuatan yang agak rumit bagi saya bila mengunakan secara pergerakan manual dan pada masatu ada saya punye senior mintak tolong settlekan dia punye part-part projek yang agak rumit lah sikit perlu ada Design yang betul-betul baik punye yelah nama pun Cad/Cam yang mana kita punye design untuk proses pembuatan mesin akan detect pergerakan berdasarkan ape yang kita lukis itulah yang akan dihasilakan olehnye.So disini segala penat lelah semua ada lah sikit-sikit habuan hahah boleh simpan duit elaun bulanan tuh.

So ape yang saya dapat dekat sini !!!

>Cara bertenang menghadapi cabaran untuk siapkan final projek.
>Penyelesaian masalah untuk menghadapi proses pembuatan
>Dari segi Skill lebih lah sikit yang mana kita dah habis-habisan fikir macam mana nak settlekan
problem ketika proses pembuatan dijalankan.

Gambar 1:Proses Design
Gambar 2:Create Programme
Gambar 3:Machine Setup
Gambar 4:Real Product

2.Tawarkan kepada rakan-rakan anda ataupun pengajar-pengajar anda service percuma.

Siapa yang tahu anda boleh buat Design kalau bukan pengajar dan kawan-kawan yang terlalu rapat dengan awak kan?So pada ketika ini banyaklah service
percuma yang saya buat yelah time tu belum pandai buat duit lagikan dan banyaklah support-supporter dari kawan-kawan lain yang berdesup nak mintak
tolong kita selesaikan diorang punye masalah hahah acah-acah hero pulak…dan pada masa yang sama tenaga pengajar saya banyak ambik protaip dari
begkel-begkel luar untuk dijadiakan sebagai produk yelah niat nak buat pasaran produk sendiri hahah…Dan alhamdulillah dengan supporter yang
ada saya dapat menyelesaikan step-step proses pembuatan dengan jayanye…

So ape yang saya dapat dekat sini !!!

>Skill untuk buat produk dari luar yang mana kita perlu Create design produk tersebut terlebih sebelum dijadikan real punye produk.
> Secara automatik kita punye pemikran berkembang di atas asbab kreatif terhadap cara pembuatan.
>Skill untuk berkomunikasi dengan Customer yelah nak buat produk orang mesti kene banyak bertanye untuk
memastikan kepuasan terhadap pelanggan diatas perkhidmatan kita walaupun free atlist dapat belajar benda baru.

Gambar 1:Setup Programme
Gambar 2:Manufacturing Process
Gambar 3: Lain-lain produk

3.Kumpulkan maklumat yang kita dapat dan buat Portfolio

Akhir sekali,kerja-kerja yang telah anda siapkan so dekat sini ape yang boleh disimpan adalah design-design Teknikal Drawing yang saya lukis menggunakan tangan dan design lain yang menggunakan software-software seperti AutoCAD,Catia,Solidwork,Inventor dan banyak lagi dan selain itu contoh-contoh data (program) yang telah di Create kan oleh software untuk di Transfer kepada Machine untuk proses pembuatan pun boleh disimpan untuk dijadikan bahan rujukan kemudian hari.

Dan anda perlu anggapkan Portfolio ini sebgai koleksi pengalaman anda menghasilan kerja sebagai jurutera pembuatan Cad/Cam.Benda ni sebenarnye tak perlu
banyak pengalaman kerja just ada perlu ada basic pun dah okey itulah saya buat seuggestion kepada anda untuk simpan hasil kerja anda yang terbaik senang sikit apabila orang tengok membuatkan seseorang berasa kagum dengan dengan kita nanti.So benda ni sudah cukup untuk menarik perhatian kepada majikan yang anda apply untuk bekerja nanti.

4.Kalau boleh untuk fresh graduate carilah pengalaman kerja di syarikat-syarikat pembuatan yang kecil-kecilan.

Kebanyakan syarikat keci ini akan ambil pekerja terutama golongan fresh graduate sebab senang untuk dilatih kerana kebanyakan syarikat kecil proses pembuatan sedikit kurang berbanding degan syarikat besar yang mana diorang memiliki ramai Customer so dari segi proses semua perlu cepat (urgent) dan bila anda bekerja dengan syarikat kecil banyak peluang disini yang boleh anda belajar untuk ambilkan inisiatif ini untuk diajdikan sebagai pengalaman anda.Memang dari segi gaji tak banyak macam saya dulu starting just Rm1200-Rm1500 jea sebulan ketika itu saya berada di position Drafter tapi itulah nilai untuk mendapatkan pengalaman setahun pertama anda bekerja selepas tamat pembelajaran dan pada masa yang sama specialnye anda bekerja dengan syarikat kecil ini anda boleh spent time untuk membina sebuah portfolio dengan hasil kerja anda untuk demandkan lagi gaji anda untuk mendapatkan peluang bekerja di syarikat yang menawarkan gaji yang lebih baik dari sebelum ini.

Okey kesimpulannye

Saya rasa dah cukup ape yang saya kogsikan disini untuk fresh Graduate yang tercari-cari tips untuk meneruskan kehidupan tak kiralah anda sebagai Designer ke Drafter ke what ever lah anda perlu ada planning yang banyak-banyak bab kata orang planning A tak boleh pakai kita guna planning B untuk meruskan lagi pengalaman kita dalam bidang industri ini.

Haaaa ape macam okey tak penerangan saya pada kali ini dan sebelum itu saya bersama team ada membuat pelbagai perkhidmatan service mengenai Design Tak kiralah Mechanical design, Architecture dan banyak lagi anda boleh Follow Fb page kami NF Design & Engineering untuk lebih detail mengenai perkidmatan kami.

Dan kalau anda nak belajar teknik-teknik design secara advance lagi anda boleh melanggan Online Courses kami dengan klik pada Link website dibawah…

http://nfdesignengineering.com.my/onlinecourses/

More To Explore

BIM

Set Up Project North and True North in Revit

Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang menetapkan kedudukan Project North dan True North anda menggunakan perisian Autodesk Revit. Project

Engineering

Fungsi ‘Baffle’ dalam Heat Exchanger

Panel berbentuk bulat dan ada lubang2 seperti dalam gambar diatas dipanggil Baffle. Baffle biasanya dipasang dalam dinding tangki ataupun process vessel. Selain didapati dalam tangki